Bandaraya Kuala Terengganu

Pengenalan
Merupakan ibu negeri dan Bandar Di Raja Terengganu.Kedudukan geografinya mengadap Laut Cina Selatan menjadikannya sebuah lokasi yang amat menarik pemandangannya.
Sungai Terengganu pernah menjadi laluan penting pada suatu masa dahulu.Seorang pengembara China ada menyebut mengenai Teng- Ya -Nong atau Kuala Terengganu sebagai sebuah pelabuhan perdagangan yang penting di Pantai Timur.

Bandaraya Kuala Terengganu kini
menyusuri Jambatan Sultan Mahmud


   ke pusat bandaraya
     Taman Shahbandar

Menuju ke Bukit Puteri dan Pasar Payang.Sebelah kanan jalan ialah  Taman Shahbandar manakala sebelah kiri jalan ialah Istana Maziah

Replika Batu Bersurat di Bulatan Ladang


Kampung Cina.Lokasi  di tengah Bandaraya ,di tepi Sungai Terengganu berhampiran Pasar Payang dan Hotel Sri Malaysia serta Hotel Felda Terengganu.Penduduk Terenganu yang pelbagai kaum hidup rukun dan permai.

  
Kemudahan Pengangkutan
1.Kapal terbang
Menggunakan khidmat Malaysian Airlines(MAS) dan Air Asia yang mengambil masa cuma 45 minit dari KLIA(Kuala Lumpur Internasional Airport).


Lapangan Terbang Sultan Mahmud

Malaysia Airlines

2.Bas
Banyak syarikat bas antaranya seperti Sani Ekspres,Transnasional menawarkan tambang yang berpatutan dan perjalanan dari Kuala Lumpur memakan masa lebih kurang  7 jam melalui Lebuhraya Pantai Timur.

Sani Ekspres

Bas Transnasional
Bas Bandar.Bas ini akan membawa anda sekitar Bandaraya Kuala Terengganu


Beca.Pengunjung boleh bersiar-siar sekitar Bandaraya Kuala Terengganu.
                                                                      

 Kemudahan Penginapan
Banyak hotel,resort dan chalet  yang terdapat di sini,antaranya seperti Hotel Grant Continental,Primula,dan banyak lagi yang menjanjikan pengalaman dan pemandangan yang amat menarik di tepi Laut Cina Selatan.

Hotel Grant Continental

    
    Hotel Sri Malaysia
    
Hotel Felda
Menariknya kesemua hotel ini mengadap laut yang menjanjikan pemandangan yang amat mengkagumkan.

Menariknya di sini.
1.Taman Tamadun Islam,Pulau Wan Man


Taman Tamadun Islam
   Terletak di Pulau Wan Man dan cuma 4 kilometer dari Bandaraya Kuala Terengganu.Mula dibina pada tahun 2005 dan dibuka untuk kunjungan ramai pada Februari 2008.Merupakan sebuah taman tema yang menpunyai keluasan 22.3 hektar dan mengenengahkan seni bina bertemakan keislaman dari seluruh dunia.Mengandungi 21 replika masjid tersohor dan Masjid Kristal sebagai satu nama yang paling gah di sini sebagai mercu tanda Bandaraya Kuala Terengganu. Antara replika masjid yang ada di sini seperti replika Taj Mahal di India,Masjid An-Nabawi dan Masjidil Haram di Arab Saudi,Masjid Abu Nasr Pasra di Afganistan,Masjid Sultan Omar Sharif,Brunei,Masjid Besar Samarra di Iraq dan banyak lagi yang akan menunggu anda di sini.Yang Pasti anda tentunya akan terpesona.
   Pengangkutan darat seperti bas dan teksi boleh diperolehi di pusat Bandaraya Kuala Terengganu atau pengangkutan air seperti bot penambang dari Jeti Shahbandar ke Jeti Tok Ku Paloh di taman tema tersebut.


2.Istana Maziah
 

Istana Maziah
Terletak di Bukit Puteri,Istana DiRaja ini menjadi kediaman rasmi pemerintah dahulu.Kini digunakan sewaktu upacara rasmi DiRaja.Untuk ke sini,anda boleh menaiki bas Bandar,teksi atau  beca dari Bandaraya Kuala Terengganu.


3.Masjid Terapung/Masjid Tengku Tengah Zahrah
Masjid Tengku Tengah Zaharah
Dikenali juga sebagai Masjid Terapung kerana kelihatan begitu unik sekali kedudukannya seakan-akan terapung di atas air.Masjid ini dinamakan sempena nama ibunda Almarhum Sultan Terengganu,Almarhum Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Ismail Nasiruddin Shah iaitu Tuanku Intan Zaharah binti Al-Marhum Tengku Seri Setia Raja.Terletak di Teluk Ibai,iaitu hanya 4 km.dari pusat bandaraya.Perjalanan sepanjang pantai menyusuri Jalan Sultan Mahmud boleh menggunakan perkhidmatan bas atau teksi.Masjid ini terletak di sebelah kiri jalan menghala ke Marang.


4.Muzium Negeri
 
   
 
                                                  
                                                                               
 keropok lekor

Muzium Negeri
Terletak 27 hektar tanah di Bukit Losong menjadikan muzium ini sebagai kompleks muzium terbesar di Asia Tenggara.Muzium ini menempatkan 4 blok utama dan mempunyai muzium maritim serta lima buah rumah tradisonal.Untuk ke sini,perkhidmatan bas atau teksi boleh didapati di stesen bas atau menggunakan khidmat bot penambang di Jeti Shahbandar.Sepanjang perjalanan ke muzium ini yang hanya memakan masa 10-15 minit dari Stesen bas/teksi,anda mungkin sempat menjamu selera makanan popular iaitu keropok lekor di Kampung Losong yang begitu gah mengenai keenakan keropok lekornya.


5.Pasar Payang dan Bazar Warisan
   
        
   
      Pasar Payang


    
   

    
    
Pasar Payang dan Bazar Warisan
Merupakan pasar pusat di tengah Bandaraya Kuala Terengganu dan terletak di tepi Sungai Terengganu.Tempat ini menjadi destinasi beli belah yang popular kerana di sini menawarkan barangan cenderahati dan pelbagai kraf Terengganu seperti batik,songkek,sutera,barangan logam ,makanan tradisi dan sebagainya.Jangan melepaskan peluang membeli belah dan menjamu selera di sini .Untuk ke sini,anda boleh berjalan kaki dari stesen bas atau menaiki beca.Pasti menarik.

6.Bukit Puteri
Mempunyai sejarah tersendiri.Merupakan sebuah bukit kecil dengan ketinggan lebih kurang 200meter di Muara Sungai Terengganu.Di abahagian atas bukit ini terdapat sebuah kota kecil yang dibina awal kurun ke-19 sebagai pusat pertahanan daripada serangan musuh.





Genta/loceng besar di Bukit Puteri yang mempunyai sejarah yang tersendiri.

Rumah api di tas Bukit Puteri sebagi panduan para pelayar .

7.Pantai
    
     
Pantai Batu Buruk

Pantai Cendering

 
Pantai Telipot.Para pengunjung dapat menikmati makanan popular Terengganu iaitu ikan /sotong segar celup tepung dan keropok lekor bersama  minuman ABC istimewa.
                                                                                

 


 
Pantai Teluk Ketapang.Lokasi berhampiran dengan Lapangan Terbang Sultan Mahmud.Para pengunjung juga boleh menikmati pelbagai hidangan poplar Terengganu di gerai/restoran yang ada di sini sambil menikmati keindahan pantai yang amat menarik.

Kuala Terengganu sememangnya terkenal dengan keindahan pantainya.Pantai Batu Buruk,Lagun Kuala Ibai,Pantai Cendering,Pantai Teluk Ketapang ,Pantai Telipot yang pastinya rugi jika tidak dikunjumgi.