Marang


Peta Daerah Marang
Mercu tanda Daerah Marang
  
Mempunyai 6 mukim iaitu Rusila,Pulau Kerengga,Merchang,Jerong,Bukit Payong dan Alor Limbat yang bernaumg di bawah kawasan pentadbiran Majlis Daerah Marang.

Tempat menarik untuk dikunjungi

Peta Pulau Kapas





Resort di Pulau Kapas


Jeti diPulau Kapas


1.Pulau Kapas
Merupakan sebuah pulau yang tersohor dengan pemandangan dan  kegiatan marin yang amat menarik.Terletak kira-kira 6 km dari pinggir pantai Marang atau 20 minit dari Jeti Marang.




2.Pantai Kelulut.
Pantai yang berpasir dan pemandangan yang menarik.Terletak di antara Marang dan Rantau Abang.Banyak gerai yang terdapat di pesisir jalan dan pantai yang menjual hasil kraf seperti batik,hasil rotan,makanan popular seperti keropok lekor,keropok keping dan aneka masakan lain yang menyelerakan untuk pengunjung sambil menikmati keindahan pantai bersama keluarga atau berehat seketika untuk ke destinasi seterusnya.


Panduan ke Marang
Jarak Kuala Terengganu ke Marang kira-kira 18 km dan perjalanan cuma mengambil masa selama 45 minit.Kemudahan pengangkutan bas seperti Transnasional,Mara Linear,Utama Ekspres , Mutiara Ekspres dan banyak lagi yang ditawarkan untuk ke sini.Hentian bas ekspes terletak di Bandar Marang.Selain itu,perkhidmatan teksi juga terdapat di sini.