Setiu




Peta Daerah Setiu

 
Sutra Beach Resort

Pengenalan
Merupakan daerah paling bongsu daripada 7 daerah dalam negeri Terengganu dan terbahagi kepada 7 mukim.Untuk ke sini,pengunjung boleh menggunakan khidmat bas ekspres ,bas awam atau teksi.Terminal bas ekspres terletak di Bandar Permaisuri .Kemudahan penginapan juga banyak ditawarkan di sini seperi Sutra Beach Resort di Kampung Rhu Tapai Merang.Merang Beach Resotr di Merang,Blue Coral Island Resort di Pulau Lang Tengah,Merang,Homestay Kampung Rhu 10 dan banyak lagi.

Tempat -tempat menarik


1.Lata Chakah
Merupakan kawasan air terjun yang amat menarik untuk dikunjungi untuk berkelah,mandi sambil menikmati keindahan alam semula jadi yang menarik jauh dari kesibukan kota.



Pantai Penarik

Pantai Rhu 10



2.Pantai Penarik dan Rhu Sepuluh.
Merupakan kawasan persisir pantai yang amat popular menarik pemandanagnya .Lokasi berdekatan jalan utama   Kelantan-Terengganu.Hanya 400 meter dari Kampung Penarik.Ketika berasa di sini,pengunjung boleh menikmati hidangan ikan/sotong segar celup tepung yang pastinya amat menyelerakan.






3.Pusat Equisterian
Lokasi ini menjadi tumpuan bagi peminat sukan berkuda.Bertempat di Lembah Bidong dan pelbagai kemudahan turut disediakan.



4.Lapang sasar golf
Bagi penguinjung yang  berminat dengan aktiviti golf,tempat ini amat sesuai.



5.Pusat rawatan alternatif
Bagi pengunjung yang ingin menggunakan khidmat perubatan alternatif,anda boleh berkunjung ke sini.Merupakan pusat rawatan yang diiktiraf dan mendapat kerjasama Universiti Teknologi Malaysia (UTM) Skudai,Johor.Pusat ini menawarkan khidmat urutan lelaki dan wanita serta mandian wap.





6.Pulau Redang
Merupakan pulau terbesar dan tercantik di Pantai Timur.Lokasi ini menjadi lokasi pelancongan yang amat popular.Untuk ke destinasi ini,pengunjung boleh melalui Merang atau Kuala Terengganu dengan menggunakan khidmat bot di Jeti Penarik .