Kemaman

Pengenalan
Sudah mula dikenali sejak kurun ke-2 sebelum  masehi dengan nama Kole.Pakar sejarah tempatan bersetuju  bahawa daerah ini diterokai oleh Che Wan Teh yang beketurunan bangsawan Pahang kira-kira 300 tahun dahulu.Merupakan daerah yang paling hujung  ke selatan negeri Terengganu.Terbahagi kepada 11 mukim dan bentuk muka buminya dibahagikan kepada 3 kawasan iaitu kawasan pantai,pedalaman dan kaki bukit.

Panduan ke Kemaman
Pengunjung dari Kuala Lumpur boleh menggunakan Lebuhraya Pantai Timur dan masuk ke Jalan Kuantan-Terengganu sebelum menuju ke bandar Kemaman.Terdapat banyak perkhidmatan bas yang disediakan seperti Sani Ekspres,Transnasional,Ekspres Utama dan banyak lagi.

Penginapan
Banyak kemudahan penginapan disediakan di sini seperti hotel,resort,chalet dan macam-macam lagi yang selesa.Salah satu tempat penginapan yang tersohor iaitu Awana Kijal  Beach Resort.
Awana Kijal Beach Resort

Kemaman kini

Bandar Kerteh,Bandar Bercahaya.


Tempat-tempat menarik
1.Mini zoo

 
pintu masuk ke mini zoo




jambatan gantung

Buggy,merupakan kenderaan yang boleh digunakan untuk mengelilingi kawasan sekitar zoo.

Mini zoo kemaman  terdapat pelbagai haiwan dan yang sangat istimewa ialah 2 ekor harimau Malaya yang disumbangkan oleh pihak zoo Melaka pada 2 April 2010 yang lalu.Mini zoo ini dibuka untuk para pengunjung bermula pada pukul 10 pagi hingga 5 petang.Kenderaan khas iaitu buggy disediakan untuk kemudahan para pengunjung melawat sekitar zoo ini.Selain haiwan,di sini juga terdapat jambatan gantung,taman orkid,taman herba dan dusun buah-buahan.Kemudahan untuk para pengunjung  juga turut disediakan seperti kiosk,surau,tandas dan sebagainya.Pasti menarik di sini.

2.Taman rekreasi Bakau Tinggi
Merupakan salah satu tempat rekreasi menarik untuk  dikunjungi.Pelbagai aktiviti dapat dijalankan di sini seperti kayak,restoran,taman permainan kanak-kanak dan jeti memancing.



3.Taman Bandar Chukai
Taman rekreasi untuk melepaskan lelah bersama keluarga dan rakan taulan sambil berjogging.







3.Air terjun



Air terjun Penitih.Lokasi ini sesuai untuk aktiviti perkelahan dan perkhemahan.



Air terjun Menderu.



Air terjun Jeram Tanduk,Air Putih


4.Melihat kelip-kelip di Sungai Yah-Yah




Kelip-kelip merupakan spesis seperti kunang-kunang yang dapat dilihat dengan jelas terutama pada waktu malam kerana ia mengeluarkan bercahaya.Sangat menarik jika dapat menyaksikan ribuan kelip-kelip yang  bergayutan pada pokok.

5.Melihat penyu di Pantai Ma'Daerah





Pantai MaDaerah merupakan tempat untuk aktiviti perkelahan dan sebuah pusat santuari penyu.Di sini juga terdapat pusat penerangan dan pusat penetasan telur penyu.

6.Pantai

Pantai Teluk Mak Nik,Geliga Kemaman.


Pantai Kemasik

Pantai Teluk Air Tawar

Pantai Kuala Kerteh



Pantai Penunjuk,Kijal


Pantai Telaga Simpul,Teluk Kalong.
Sememangnya Kemaman mempunyai  pantai yang amat menarik.