Hulu Terengganu





Pengenalan
Batu Bersurat yang dijumpai di Kuala Berang,Hulu Terengganu merupakan penemuan yang sangat bermakna dan menjadi bahan sejarah yang tidak ternilai bagi rakyat Terengganu.Berdasarkan tulisan Sanskrit dan Bahasa Melayu pada Batu Bersurat tersebut, menunjukkan kemasukan awal dan penerimaan agama Islam di Terengganu.Batu Bersurat ini menjadi salah satu tanda  bersejarah negeri Terengganu dan replikanya diabadikan di Bulatan Ladang,Bandaraya Kuala Terengganu.

Panduan ke sini
Bagi pengunjung yang ingin berkenjung ke Ke Pekan Kuala Berang,anda boleh menggunakan perkhidmatan bas ekspres atau bas awam .Bas ekspres yang sering digunakan seperti Ekspres Tasik Kenyir  terus dari Kuala Lumpur.Bas ini akan terus ke pekan Kuala Berang dan ini akan memudahkan pengunjung untuk mendapatkan perkhidmatan lain seperti teksi/van/bas awam untuk ke tempat-tempat menarik.

Tempat menarik



1.Hutan Lipur /Air Terjun Sekayu
Terletak di dalam kawasan hutan simpan Hulu Terengganu.Lokasi cuma 16 km dari pekan Kuala Berang dan kira-kira 40 km dari Bandaraya Kuala Terengganu.Hutan lipur ini terdapat sebuah air terjun 3 peringkat yang begitu cantik.Selain terkenal dengan keindahan,nyaman dan damainya tempat ini,ia juga kaya dengan flora yang  mempunyai khasiat yang bermutu tinggi.Tempat ini juga dilengkapi dengan pelbagai kemudahan infrastruktur untuk kemudahan para pemgunjung seperti tempat penginapan,tapak perkhemahan dan pelbagai kemudahan lain untuk mereka yang berminat dengan aktiviti hutan.





2.Air Terjun Belukar Bukit
Merupakan kawasan perkelahan yang popular selain dari Sekayu.Lokasi yang hampir dengan Hutan Lipur Sekayu dan jaraknya kira-kira 20 km dari pekan Kuala Berang.










3.Tasik Kenyir
Merupakan sebuah tasik buatan terluas di Malaysia  .Tasik ini terletak di hulu Sungai Kenyir.Merupakan sebuah empangan hidroelektrik dan destinasi pelancongan yang sangat popular kerana di sini menawarkan kepelbagaian aktiviti yang amat menarik.Aktiviti yang paling mendapat tempat di hati para pengunjung ialah  memancing.Pelbagai jenis ikan yang ada di tasik ini yang menjanjikan kepauasan kepada kaki pancing.