Dungun

Pengenalan
Perlombongan di Bukit Besi yang tmerupakan lombong terbuka terbesar di Asia Tenggara membuatkan Dungun amat tersohor pada suatu masa dahulu.Terletak 33km dari Bandar Dungun atau 77 km dari Kuala Terengganu.

Tempat-tempat menarik





aktiviti perlombongan di Bukit Besi

 
Bukit Tebuk


Tasik Puteri

1.Bukit Besi
Pada tahun1916,ahli kajibumi Jepun,Mr.Kuhara membuat kajian di Dungun dan mendapat kawasan ini mempunyai kandungan bijih yang banyak.Kawasan ini telah diusahakan dan  makin berkembang Perkembangan perusahaan bijih besi  ini seiring  denagan pertumbuhan perusahaan keluli di Jepun.Pelbagi kemudahan dibina untuk memajukan perusahaan ini seperti laluan kereta api telah dibuat pada tahun 1930 dari Dungun ke Bukit Besi .Selain itu,sebuah  terowong yang dikenali sebagai Bukit Tebuk telah disiapkan pada tahun 1936.Perusahaan bijih di Bukit  Besi ini telah melalui beberapa zaman pemerintahan sehingga zaman darurat dan bertukar tangan sehingga  pada Ogos 1948,kerajaan British memutuskan untuk menjual harta lombong kepada Syarikat Eastern Mining and Metal  Berhad(EMMCO).Pengeluaran bijih dijalankan secara besar-besaran dan mendapat keuntungan yang besar dalam masa yang singkat.Pihak EMMCO telah mewujudkan beberapa jabatan seperti pejabat po,pejabat ukur,pejabat kebajikan masyarakat dan sebagainya pada masa kegemilangan Bukit Besi.Pada tahun 1970,lombong bijih besi ditutup kerana hasil bijih yang semakin berkurang dan syarikat mengalami kerugian.
   Bukit Besi  telah meninggalkan  beberapa artifak sejarah yang menjadi aset penting dalam industri pelacongan.Tasik Puteri yang wujud daripada aktiviti perlombongan juga dimajukan oleh pihak KETENGAH sebagai kawasan rekreasi yang  menarik di samping sebuah galeri  sejarah untuk renungan generasi akan datang.



peta Pulau Tenggol






2.Pulau Tenggol
Merupakan sebuah pulau yang kecil sahaja dengan keluasan 3 km panjang dan 2 km lebar. Sebuah destinasi hidupan marin yang amat menarik untuk penggemar aktiviti menyelam dan skuba.Lokasinya  cuma 45 minit dari pantai Kuala Dungun.Untuk ke sini,pengunjung boleh menaiki bas atau teksi ke Pekan Dungun atau jeti Dungun,kemudian,dapatkan khidmat bot untuk ke pulau ini.Di pulau ini juga disediakan kemudahan penginapan seperti resort yang selesa.







3.Rantau Abang
Amat terkenal sebagai pusat santuari penyu.Terletak kira-kira 60 km dari Bandaraya Kuala Terenggnau .Pengunjung  dapat melihat dengan lebih dekat penyu-penyu seeperti Penyu Belimbing naik ke darat untuk bertelur.Rantau Abang juga merupakan salah satu lokasi dari enam lokasi dunia yang dikunjungi oleh penyu-penyu dari Mei hingga September.Pengunjung boleh ke sini dengan khidmat bas yang disediakan di Pekan Marang ke Rantau Abang setiap setengah jam.








Tanjung Jara Resort sebagai pilihan penginapan yang selesa.

4.Tanjung Jara
Sebuah pantai yang amat menarik dan dapat menjalankan pelbagai aktiviti seperti luncur air,menaiki bot,berkayak,menyelam dan aktiviti sukan air yang lain.Untuk ke sini,pengunjung boleh menggunakan  khidmat bas ekspres atau awam ke Dungun ,atau teksi atau memandu  sendiri.Terminal bas ekspres terletak di pusat bandar Dungun iaitu di Jalan Baru Pak Sabah.