Pengenalan
Merupakan daerah yang terletak di bahagian utara Terengganu dan pintu masuk ke negeri Terengganu yang bersempadan dengan Kelantan .Terdapat pelbagai cerita mengenai asal nama Besut antaranya ialah dikatakan berasal dari perkataan 'Be' yang dalam bahasa Siam bermaksud daerah dan 'Sut' pula bermaksud jauh/penghujung.Daerah ini dikatakan pada suatu ketika dahulu merupakan salah sebuah kawasan di bawah kekuasaan Siam.Selain itu terdapat juga versi lain yang kononnya kawasan ini dahulunya diperintah oleh seorang raja yang bernama Raja Sang Nyanya yang merupakan seorang ketua lanun yang sangat zalim.Oleh itu,tidak ramai yang berani mendiami tempat ini.Setelah kematiannya,barulah kawasan ini didiami oleh salah satu kumpulan penduduk yang terdiri dari orang Pangan yang diketuai oleh seorang yang bernama Besut.Menurut versi cerita ini,nama Besut diambil sempena nama ketua kumpulan tersebut.
Sekilas keindahan pemandangan di Kuala Besut dan Jeti Kuala Besut
sawah padi masih diusahakan oleh para penduduk setempat
masjid tersergam indah untuk kemudahan penduduk
Tempat menarik.
Pantai Bukit Keluang
Bukit Keluang Resort
1.Bukit Keluang
Mempunyai keunikan tersendiri.Terletak kira-kira 4 km dari pekan Kuala Besut.Mempunyai pantai yang amat menarik yang terletak kira-kira 19 km dari bandar Jertih.Banyak kemudahan yang disediakan untuk para pengunjung.Banyak aktiviti yang dijalankan di sini seperti aktiviti darat dan air.Keindahan tempat ini membuatkan ia sering terpilih untuk penggambaran filem atau drama.
2.Gunung Tebu
Mempunayi ketinggian 1039 meter.Banyak keindahan kawasan sekitar dapat dilihat dari puncak Gunung Tebu seperti keindahan Pulau Perhentian.Gunung Tebu ini terletak di Hutan Lipur Lata Belatan iaiytu kira-kira 24km dari Pekan Jertih .Untuk ke sini,banyak kemudahan boleh digunalkan seperti bas awam atau teksi .Selain itu,untuk kemudahan penginapan,terdapat resort dan Pondok Jabatan Hutan disediakan.
3.Kolam Air Panas La
Lebih dikenali senagai La Hot Spring.Lokasi di Hulu Besut iaitu kira-kira 28 km dari Bandar Jertih Terengganu.Pusat rekreasi ni sememangnya mendapat sambutan terutama dari pada penduduk setempat pada setiap hujung minggu atau cuti untuk menikmati keindahan alam semulajadi dan kehangatan air di kolam ini yang dipercayai mampu merawat pemyakit kulit.Kehangatan air di kolam ini mencapai 49 darjah celcius dan mengandungi Sulfer.Di sini juga,pelbagai kemudahan untuk pengunjung disediakan seperi rumah rehat,surau,tandas awam ,restoran dan lain-lain lagi.
4.Lata Belatan
Kawasan hutann lipur Lata Belatan terdiri dari hutan yang kaya dengan tumbuhan seperti Meranti , Keruing.,Nyatoh,Rengas dan banyak lagi.Terletak di dalam hutan simpan Gunung Tebu iaitu 15 km dari Bandar JertihKawasan ini dibangunkan secara berperingkat semenjak 1985.Pembangunan dilakukan secara mesra alam berkonsepkan Forest Camping Holiday.Banyak aktiviti hutan dapat dijalankan di sini secara individu,berkeluarga atau berkumpulan.Kemudahan untuk para pengunjung turut disediakan seperti gerai makan,tandas,surau,pondok rehat,jambatan gantung dan tapak perkhemahan.
5.Lata Tembakah
Lokasi kira-kira 24 km dari bandar Jertih dan berada dalam kawasan Hutan Simpan Pelagat dalam daerah Besut,Terengganu.Tempat ini amat sesuai untuk menikmati keindahan alam semulajadi ,jambatan gantung, sungai yang jernih,air terjun dan kolam semula jadi yang pastinya menarik untuk dikunjungi bersama keluarga dan teman.Setiap kali cuti dan hujung minggu,kawasan ini tidak pernah sunyi dari kunjungan penduduk tempatan atau dari luar.
6.Pantai Air Tawar
Keindahan pantai merupakan tarikan utama pelancong ke daerah Besut.Antara aktiviti pantai yang dapat dijalankan seperti perkelahan,mandi manda,bersiar-siar di persisiran pantai.Kawasan peranginan ini telah lama wujud dan sentiasa mencuri tumpuan pengunjung.Terdapat pelbagai kemudahan disediakan di sini seperti hotel,chalet,gerai makan,taman permainan kanak-kanak dan lain-lain lagi.
7.Pantai Dendong
Pantai Dendong sebagai bandar Bestari di mana keadaan semula jadi serta kedudukan yang strategik dalam lingkaran pelancongan persisiran pantai.Pantai ini menjadi lokasi percutian dan riadah pada hujung minggu.
8.Pulau Perhentian
Pulau Perhentian merupakan satu lokasi yang amat terkenal dengan keindahan alam semulajadi dan pemandangan marin yang amat menarik.Gugusan Pulau Perhentian merangkumi Pulau Perhentian Besar dan Kecil.Lokasi kira-kira 20 km dari Kuala Besut.Hampir semua kemudahan disediakan di sini untuk penduduk setempat dan para pengunjung ke sini.Pengunjung boleh menggunakan Jeti awam di Teluk Pauh,Teluk Keke dan Jeti Utama di kawasan perkampungan menggunakan kemudahan bot yang disediakan di terminal jeti pelancongan utama di Kuala Besut.Bot merupakana nadi utama pengangkutan di sini.