Rabu, Jun 02, 2010

Kenali Terengganu


Terengganu , negeri cantik budaya menarik sememangnya suatu tempat yang terkenal dengan keindahan dan kepermaian. Terengganu juga mempunyai sosio budaya dan kepelbagaian aktiviti serta kesenian yang amat menarik.Mengandungi 7 daerah iaitu Kuala Terengganu, Bandaraya Warisan Pesisir Air , Marang, Dungun, Kemaman, Hulu,Besut dan Setiu yang mempunyai tarikan tersendiri untuk dikunjungi.

Keindahan sentiasa memukau mata,makanan tradisi mengundang selera ,
pelbagai kemudahan menyenangkan kita,
Jadikan Terengganu destinasi pilihan hati,k
erana semuanya ada di sini.


Lokasi detinasi
Negeri Terengganu Darul Iman adalah salah sebuah negeri yang terletak di Pantai Timur Semenanjung Malaysia. Ia terletak di antara garisan bujur 102.25 dengan 103.50 dan garisan lintang 4 hingga 5.50. Di bahagian utara dan barat lautnya bersempadan dengan Kelantan ; manakala di bahagian selatan dan barat daya pula bersempadan dengan Pahang .Mempunyai 7 daerah yang masing-masing ada tarikan dan keunikan tersendiri.Ketahui kelebihan daerah-daerah ini dan tentukan destinasi tersendiri untuk dikunjungi.Sememangnya,banyak tempat yang menarik menanti untuk dikunjungi.Kenali daerah ini:


1.Bandaraya Kuala Terengganu:

Taman Tamadun Islam

Istana Maziah

Masjid Terapung

Muzium Negeri

Pasar Payang

Bazar Warisan

Bukit Puteri

Pantai Batu Buruk,Pantai Cendering,Pantai Teluk Ketapang,Pantai Telipot



2.Daerah Marang

Pul;au Kapas

Pantai Kelulut



3.Daerah Dungun

Bukit Besi

Tasik Puteri

Pulau Tenggol

Rantau Abang

Tanjung Jara



4.Daerah Kemaman

Mini Zoo

Taman rekreasi Bakau Tinggi dan Taman Bandar Chukai

Air Terjun Penitih,Air Terjun Menderu dan Air Terjun Jeram Tanduk

Kelip-kelip di sungai Yah-Yah

Penyu di Pantai Ma;Daerah

Pantai Teluk Mak Nik, pantai Kemasik, pantai Air Tawar, Pantai Kuala Kerteh, Pantai Penunjuk, dan Pantai Telaga Simpul.



5.Daerah Hulu Terengganu

Air Terjun Sekayu

Air Terjun Belukar Bukit

Tasik Kenyir



6.Besut

Bukit Keluang

Gunung Tebu

Kolam Air Panas La

Air Terjun Lata Belatan dan air terjun Lata Tembakah

Pantai Dendong

Pulau Perhentian



7.Setiu

Lata Chakah

Pantai Penarik dan Pantai Rhu 10

Pusat Equstrian

Pulau Redang






Kemudahan

Banyak kemudahan yang ditawarkan untuk ke Terengganu .Bagi kemudahan pengangkutan udara, Malasia Airlines(MAS) dan Air Asia menawarkan penerbangan harian dari Kuala Lumpur International Airport(KLIA) yang hanya memakan masa selama 45 minit sahaja.Selain itu, banyak perkhidmatan bas ekspres ditawarkan untuk ke sini yang menjanjikan perjalanan yang menarik dan mengambil masa lebih kurang 7 jam dari Kuala Lumpur.Kemudahan penginapan juga banyak disediakan sama ada hotel,resort atau chalet yang menjanjikan keselesaan sepanjang berada di Terengganu.Begitu juga dengan makanan tradisi yang tentunya menggamit selera semua.Selain itu,pengunjung boleh mencari cenderahati kraf tadisional atau kraf Terengganu seperti batik dan songket untuk dibawa pulang sebagai tanda kenangan.Tentukan daerah mana yang akan menjadi destinasi.Pastinya,semua ada di sini.